Tuesday, 21 June 2011

Kelebihan Surah Al-Ikhlas



Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah Al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga Al-Quran!

Jika kita baca Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali pahalanya bersamaan dengan kita membaca sebuah Al-Quran. Jika kita baca sekali Surah Al-Ikhlas pahalanya bersamaan dengan baca 10 juzuk. Orang yang lalu pada satu tanah perkuburan lalu baca 11 kali surah ini dan hadiahkan kepada penghuni kubur dapat pahala sebanyak mana mayat yang ditanam di situ. 

Ringkasan:
- 3x baca = sebuah Al-Quran
- 1x baca = 10 juzuk
- Orang yang hadiahkan sebanyak 11x surah Al-Ikhlas kepada penghuni kubur di suatu tanah perkuburan, dapat pahala sebanyak mana mayat ditanam di situ.

MasyaAllah, surah yg pendek dan sangat senang di baca begitu banyak pahalanya. Apa tunggu lagi, ringan-ringankan lidah membaca Surah Al-Ikhlas. :)


Di bawah ni ada video daripada ustaz kesayangan ramai, Ustaz Azhar Idrus, tentang kelebihan Surah Al-Ikhlas.






*sumber entry ni daripada iluvislam.com dan Ustaz Azhar Idrus*

Monday, 20 June 2011

Ayam Burma

Hari ni masak Ayam Burma for lunch. So nak share  resepi ayam burma ni. Tapi kan, lupa  nak ambik gambar. Lepas cari-cari gambar dalam En.Google akhirnya jumpa la gambar yang ala-ala Ayam Burma.

Ayam Burma rupanya lebih kurang macam ni la. Cuma tak letak daun limau tu je. 

Bahan-bahan perap ayam:
ayam (8 ketul)
sos tiram (ikut suka la nak letak banyak mana)
serbuk kunyit (ikut suka la nak letak banyak mana)

Bahan-bahan kisar:
bawang besar (2 biji)
bawang putih (2 ulas)
cili merah (ikut suka la nak letak banyak mana)
halia (1 cm)
serai (1 batang)
serbuk kari (1 sudu besar)

Cara masak:
1) Perap ayam lebih kurang dalam 10-15 minit.
2) Tumis bahan-bahan kisar. Bila bahan kisar dah nak garing letak sesudu besar serbuk kari.
3) Masukkan ayam yang diperap. Bila ayam dah hampir masak masukkan air (ikut suka nak letak banyak  mana air)
4) Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan tunggu ayam sampai masak.
5) Tadaaa! Siap Ayam Burma.. hehe. Selamat Mencuba! Dijamin sedap.. :)

Saat Terakhir..


Satu jam saja ku telah bisa,
Sayangi kamu dihati ku,
Namun bagiku melupakanmu,
Butuh waktu seumur hidupku..


Sunday, 19 June 2011

KISAH CINTA AGUNG ~sgt sweet~


hayatilah...mmg sebuah kisah cinta yg menarik untuk kita baca...
Ini kisah mereka.. kisah cinta yang insyaAllah membawa ke syurga. Kata mak.. Mak abah berjumpa di program. (Mungkin tamrin sebenarnya) Program akhir tahun siswa siswi universiti. Kata mak, ketika itu mak sedang menuruni tangga, dan terpandang abah. ...Itulah kali pertama mereka berjumpa mungkin. Cinta pandang pertama. Mak muslimah yang solehah, beriman. Bertudung labuh dan berjubah lembut. Mak mempunyai wajah yang indah subhanAllah. Cantik dan menyenangkan. Mak pernah dipinang, malah beberapa kali.

Alhamdulillah, mak senantiasa bergantung pada Allah. Setiap pinangan, mak akan istikharah. Pernah hadir sebuah pinangan untuk mak, yang mak istikharah ke atasnya. Dan kata mak.. "Mak mimpi mak pakai pakaian pengantin.. indah.. tapi mak pelik.. kenapa baju pengantin mak tak habis dijahit.. tak lengkap.." Dan pinangan abah datang. Hadir, Seakan angin yang menyampaikan sinar bahagia yang menenangkan.. dan pada Allah, mak bergantung harap. Mak sekali lagi istikharah. Dan Allah mengurniakan. Juga tanda dalam mimpi. Mak lihat.. "Mak sembahyang,. mak solat.. dan abah.. abah yang menjadi imam.. abah yang menjadi pemimpin.." Cerita mak sambil tersenyum.. Dengan redha, mak menerima, dengan cita-cita menjadi isteri yang solehah. Alhamdulillah. Aku pernah melihat surat mak pada abah semasa pertunangan. Surat cinta dahulu kala. Aku tersenyum. Hehe. Membahagiakan.

Aku pernah melihat buku haraki yang dihadiahkan mak pada abah, dengan kata-kata semangat seorang muslimah kepada mujahid. Agar terus tetap dalam perjuangan. Oh, bahagianya.. Mak selalu cerita tentang kenangan manisnya.. Dulu, ketika mak mengidam mengandungkan anak sulungnya, iaitu aku, mak pernah teringin untuk makan buah, dan abah belikan 2 bekas besar khas untuk mak. Ketika mak dalam pantang dan terasa meikmati keindahan minuman, abah hadir dengan satu jug besar. Cerita mak sambil tersenyum. Dan begitulah abah, terlalu baik. Amat baik. Dan hidup mak senantiasa bersama abah. Mak kadang-kadang sakit. Pernah mak pengsan dua kali. Pernah mak memasuki wad. Pernah kami sekeluarga mengalami detik-detik yang amat mensyahdukan. Abah pangku mak, dan abah menangis. Aku sebak melihat abah menangis. Dan aku tak pernah melihat abah menangis seperti itu sebelum ini. Dan abah, benar-benar menjaga mak dengan sepenuh jiwa dan raga.

Cerita mak.. Ketika sama-sama menunaikan haji. Ketika semua jemaah sudah pulang, abah masih belum pulang walaupun sudah 2 jam berlalu. Mak risau. Dan kelihatan abah.. "Abang ke mana? Risaunya ani.." "Abang buat tawaf, dua kali.. satu untuk abang, dan satu untuk ani.." kata abah sambil tersenyum. Mak terharu, biasanya tawaf setengah jam. Tapi disebabkan ramai orang, jadi sejam. Dan abah sanggup buat untuk mak. Abah dan mak selalu berlumba untuk beribadah.. "Abang buat solat sunat tasbih lagi banyak daripada ani.." "Isk, ani tak boleh sembahyang boleh lah abang potong.." Dan abah hanya ketawa. Dalam sunat tasbih, dalam solat tahajjud, dan pelbagai perkara.

Di rumah ada sebuah buku. Amalan harian di bulan ramadhan, amalan setiap hari. Dan abah dan mak selalu berebut untuk buku tersebut. Selalu bertukar tangan. Pernah mak tanya, "Abang suka ani marah-marah, tapi sihat ke.. atau ani diam, tapi ani sakit.." "Tentulah abang suka ani sihat, walaupun marah-marah.." jawab abah.. Dan bila mak teringinkan sesuatu, abah akan usaha membahagiakan mak. Abah seorang tukang masak yang baik. Amat baik. Dan abah selalu membanggakan mak. Ke mana mak pergi, mak bangga bila orang berkata. Dan selalu berkata. "Beruntung Ani dapat suami macam tu.." Mak gembira. Kadang-kadang mak pening kepala. Abah akan belai kepala mak. Bacakan ayat al-quran dengan penuh kasih sayang. Dan itu amat menenangkan mak.. Pernah mak berkata.. "Abah terlalu baik, amat baik.. Sehinggakan mak penah terfikir, jika abah mengimpikan untuk berkahwin baru. Mak akan izinkan, mak akan benarkan.. Abah terlalu baik, dan mak senantiasa inginkan kebahagiaan abah.." Dan abah selalu membanggakan mak, hingga saat terakhir.

Hingga abah kini, Sudah tiada. Pergi untuk bertemu cinta agungnya.. Abah membanggakan mak dengan senyuman manisnya walaupun abah sudah tiada. Senyuman yang meredakan tangisan kami. Abah membanggakan mak dengan pujian sahabat abah kepada jenazah. Mak sedih, terlalu sedih. Mak peluk dan belai abah. Ketika tangisan mak mereda.

Mak berkata.. "Senyuman abah sinis, seperti senyumannya selalu untuk mengusik mak.." Mak seakan tak lalu makan. Dan aku cuba menyuap. Mak menahan sambil menangis. "Jangan suap mak, mak akan teringatkan abah.." Mak tak boleh mendengar deringan telefon. "Mak berharap sangat yang telefon tu abah.." Mak terus menangis.. Sebentar mak tersenyum. "Abah terlalu baik, sehinggakan nak mencari keburukan, susah sangat.. kecuali satu.. suara abah yang tak sedap.. Itupun mak rindukan sangat suara tu..." ujar mak.. Menarik nafas. Dalam. Amat dalam. "Nadwan, mak perlu kuat kan? Sebab abah dah pergi dengan baik sangat. Jadi mak kena gembira. Mak kena gembira bila abah gembira. Abah, dah bahagia sangat hingga senyum begitu sekali. Mak juga nak jadi macam abah. Mesti abah dan dapat bidadari yang cantik-cantik kan?Agak-agak abah ingatkan mak lagi tak?.. " Mak terus tersenyum. "Mak nak buat ibadah banyak-banyak.. mak nak jadi macam abah.. mak nak masuk syurga sama-sama... sampai nanti.. insyaAllah.. mak nak jadi ketua bidadari untuk abah di syurga nanti..." Dan hati seorang isteri terus tabah. Mendamba penuh harapan dalam tangisan penuh kerinduan...
Mudah-mudahan kita juga boleh menjadi macam mereka.

KESILAPAN MENGAJAR ANAK


Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH  ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun,64:15)  
                                                                                         
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :-

"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith)

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa                                             
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah            
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 :8-9) 
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) 
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif
* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas.
* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
*Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam , beribadah berjemaah, makan bersama-sama, dsb.
*Dalam menjawab salam , lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.
*Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
*Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak.
*Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak.
*Ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.
*Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik sepertipergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
*Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

UNTUK PARA IBU DAN BAKAL IBU ;)  BYK JUGAK KESILAPAN RUPANYE.. YG DIKETAHUI TAPI TAK DISEDARI...

Friday, 17 June 2011

SAYA NAK BUNUH DIRI!!!


Sepi dan hening seketika. Fikirannya seolah terhenti. Tak mampu untuk berfikir apa-apa dalam situasi itu. Segalanya seakan telah hancur, tiada apa-apa lagi harapan untuk dirinya. Hancur. Musnah. Segala kepercayaan dan sanjungannya semuanya telah dihempas punah begitu sahaja oleh insan yang selama ini amat dicintainya.
Kalau dulu dia mendengar cerita-cerita dari rakan-rakannya, ah, dia masih tidak mahu mempercayainya. Tapi hari ini, di depan matanya sendiri! Masih terbayang betapa intimnya kemesraan Faizul dengan wanita itu. Ah, dia tak sanggup untuk membayangkannya lagi. Dengan langkah longlai dan dada yang sebak, Ayuni menuju ke pintu LRT untuk pulang.
"Masa tu saya dah fikir nak bunuh diri je bro! Bukan kali pertama saya diperlakukan begini oleh lelaki, ini dah masuk kali keempat."
Dia bercerita padaku dengan penuh perasaan.
"Semuanya hanya menggunakan saya untuk duit. Kata pinjam, tapi bayarnya adalah sesekali, yang lain tu, kira burn je la. Saya ni pulak jenis yang cepat kesian, dan tak reti pulak nak menolak. Apatah lagi kalau dengan orang yang saya cintai."
Aku mengangguk-nganguk.
"Tapi yang saya hairan tu bro, napa semua lelaki yang saya jatuh cinta, semuanya berperangai sama aje? Nama aje lain."
Selepas dialog itu, aku tak memberi peluang lagi pada Ayuni untuk berkata-kata. Aku menerangkan dengan detail padanya tentang apa yang dilaluinya dari persepsi Hukum Tarikan. Tentu anda semua sedia maklum bahawa prisip asas Law of Attraction adalah anda menarik ke dalam hidup realiti hidup anda, segala apa yang anda berikan fokus dan perhatian yang mendalam, samada perkara positif atau pun negatif.
Apa yang ku lihat, dia terlalu memberikan perhatian pada sikap lelaki YANG TIDAK DISUKAINYA, YANG INGIN DIHINDARI, YANG DIBENCI. Bukan kepada sikap atau ciri-ciri watak lelaki yang menjadi keinginannya.
Dan perbuatannya suka menceritakan, membawa cerita atau memperbesarkan sikap lelaki yang dibencinya ini, hanya membuatkan dia memberikan fokus pada perkara tersebut, yang mana getaran yang dikeluarkan oleh gelombang fikirannya menarik kembali ke dalam realiti hidupnya tenaga-tenaga berbentuk apa yang sering diberi perhatian olehnya iaitu lelaki yang ingin dihindari, kekecewaan dalam percintaanatau ditipu.
Jangan salahkan takdir dengan mengatakan Allah yang telah mentakdirkan ke atas diri kamu untuk melalui kekecewaan itu.
مَّآ أَصَابَكَ مِنۡ حَسَنَةٍ۬ فَمِنَ ٱللَّهِ‌ۖ وَمَآ أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ۬ فَمِن نَّفۡسِكَ‌ۚ وَأَرۡسَلۡنَـٰكَ لِلنَّاسِ رَسُولاً۬‌ۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ شَہِيدً۬ا
"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini." (An Nisa', 4: 79)
Hadis Qudsi:
أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني Allah menyebut: "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu." (Riwayat Muslim)
Seterusnya aku memberi cadangan padanya untuk melakukan beberapa langkah bagi mengubah atau menukar cara dia berfikir dan berusaha memberikan fokus pada apa yang diinginkan dan disukai olehnya.
Aku mencadangkan supaya dia menulis senarai ciri-ciri yang menjadi lelaki idamannya dengandetail dan lengkap.
PASANGAN YANG IDEAL DENGAN DIRIKU:
1. TINGGI: LEBIH DARI 1.55M
2. BERAT: 65KG, SIHAT ZAHIR BATIN
3. WAJAH: KACAK, HANDSOME, MANIS
4. SIKAP: BUDI BAHASA, BERTANGGUNGJAWAB, BAIK HATI, HORMAT ORANG TUA, PENYAYANG, KELAKAR, BERIMAN DAN MEMPRAKTIKAN KEIMANANNYA, JUJUR, SPORTING, POSITIF, RAJIN KE DAPUR DAN MENGEMAS RUMAH, PEMBERSIH DAN RAJIN
5. KARIER: KERJA OFFICE HOUR
6. USIA: LEBIH TUA 33-44THN
7. HUBUNGAN: AKU MENYAYANGI DIA SEPENUH HATI, DIA JUGA MENYAYANGI AKU SEPENUH HATI, AKU BOLEH MENERIMA KEADAANNYA DENGAN IKHLAS SEADANYA. DIA JUGA MENERIMA KEADAAN DIRIKU DENGAN IKHLAS SEADANYA.
8. KELUARGA: PENERIMAAN KELUARGA KEDUA-DUA BELAH PIHAK ADALAH HARMONI
9. PERHUBUNGAN: KEKAL KE AKHIRAT
Ketika ciri yang ketiga dibincangkan, Ayuni membantah dan berkata pada ku, "Bro, saya tak kisah, kalau tak hensem pun tak pe, asalkan baik dan bertanggungjawab."
Disini aku bertanya padanya, jika dia diberikan pilihan apakah pilihan dirinya sendiri. Dia menjawab, "Tentulah yang handsome! Tapi rasa macam malulah nak mohon macam tu pada Allah."
Aku bertanya semula, "Nak minta suami yang handsome kamu malu, tapi setiap hari mohon dimasukkan ke dalam syurga, kamu tak rasa malu pulak? Nikmat mendapat suami handsome itu, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan nikmat Syurga, entah berapa ratus juta kali ganda besarnya, tapi yang itu kamu tak ada rasa malu pun? Kenapa nak mohon perkara kecil macam tu kamu rasa malu? Dan kita kena faham, pPemberian Allah tu Maha Luas, Abundance, bukannya tak cukup, atau cukup-cukup, Dia boleh beri kamu lelaki yang handsome, dan dimasa yang sama lelaki itu warak, baik dan bertanggungjawab. Kamu kena percaya dan fikir begitu."
Dia tak menjawab, cuma tersenyum dan mengangguk-ngangguk.
Setelah itu, aku mencadangkan padanya supaya melakukan solat hajat sekadar yang termampu dan membacakan senarai tulisannya itu di dalam solatnya. Setelah itu, aku juga mencadangkan supaya dia membaca senarai itu tidak kurang dari 20 kali sehari dan sentiasa melakukan beberapa perubahan yang dirasakan sesuai dengan situasi dirinya. Apa pun aku ingin dia sentiasa husnuzzon (bersangka baik) bahawa dia telah bermohon pada Allah, Allah telah memakbulkan doanya, dan dia kini berada dalam proses 'diterima' permintaannya. Langkah-langkah seterusnya seperti komitmen dan bersedia menerima (receiving steps) juga telah ku bincangkan dengannya pada pertemuanku yang seterusnya.
Selepas pertemuan kedua, aku tidak mendengar apa-apa berita dari Ayuni, aku hanya berdoa agar dia beroleh ketenangan dalam hidupnya.
Hampir dua bulan selepas itu, aku menerima panggilan telefon dari Ayuni.
"Assalamualaikum, busy ke bro?"
"Wa'alaikumussalam. Tak busy pun. Ayuni, lama tak dengar khabar? Macamana sekarang?"
"Entahla bro, saya nak bagitau ni, ada masalah sikit."
"Oh, apa halnya, sharelah."
"Macam ni. Step yang bro ajar tu power betulla. Sekarang ni ada tiga orang lelaki yang tengah bagi perhatian kat Yuni. Tiga-tiganya ada ciri-ciri yang hampir sama je dgn apa yang Yuni tulis tu."
"Tiga orang? Ha, bagusla tu. So, what's the problem?"
"Yelah, tak tau nak pilih la pulak sebab tiga-tiga hensem, baik, dan berbudi bahasa, rasa sayang lak nak pilih."
Aku tertawa kecil mendengarkan. Aku menasihatinya supaya melakukan istikharah dalam hal-hal yang sedemikian. Pertengahan tahun itu aku menerima kad jemputan kahwin daripada Ayuni dan dialamatkan ke rumahku.
Syukur, Alhamdulillah. Semoga dia berbahagia hingga ke akhirat. Allah Maha Menyayangi sekalian hamba-Nya.
Jodoh, ajal dan kelahiran adalah ketentuan Allah, akan tetapi kita diberikan akal dan pilihan untuk berikhtiar.
Menurut Tsauban RA, sabda Rasulullah SAW:
"Tiada suatu pun yang dapat menolak takdir selain doa." (Hadis sahih riwayat Ibn hibban dalam sahihnya. Disepakati kesahihannya oleh al-Zahabi) ~iluvislam.com~

BERTUAH SUNGGUH DAPAT SUAMI MCM NIE...


Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia "mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macam mana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran di atas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itusahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkannya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanyauntuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanyayang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu duapertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit, kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda keubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlahke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al-fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.
Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikiranda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi AnNu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafisehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logikakal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segi empat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suarasaya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apapula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobisaya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anakyatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud  salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah 'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya..