Thursday, 11 August 2011

Siratul Mustaqim




Setiap 1000 orang yang meniti titian sirat, hanya seorang

 sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan

terjatuh ke dalam neraka.





Dikatakan Titian Sirat mempunyai beberapa tahap pemeriksaan. Dikatakan di tempat pemeriksaan pertama, manusia akan ditanya mengenai keimanannya kepada Allah. Jika seseorang mukmin itu tidak ragu-ragu dalam keimanannya, dia dilepaskan ke tempat pemeriksaan kedua (solat). 


Begitulah seterusnya mengenai puasa, zakat, haji dan umrah, bersuci (wuduk dan mandi wajib) dan soal kemasyarakatan. Imam al-Ghazali meriwayatkan, tempat pemeriksaan ketujuh adalah tempat pemeriksaan paling sukar untuk melepaskan diri. Persoalan mengenai kezaliman ke atas manusia diperbincangkan.


Cepat atau lambat meniti sirat juga bergantung  kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, kian laju menuju titian itu. Orang mukmin akan terselamat disebabkan keimanan dan amal salih yang mereka lakukan di dunia, manakala orang kafir dan murtad akan terhumban ke dalamnya. 


-sumber entry di ambil daripada fb bestfren..




Tuesday, 2 August 2011

Muhasabah Cinta

Mulut sentiasa berbicara tentang cintakan Ilahi, namun hati sibuk mencari cinta pujaan hati. 
Suara lantang menegakkan kebenaran, namun jiwa ingin merasai nikmat percintaan yang tidak ditabalkan. 
Munajat mengalir di ruang lidah, namun jasad tak kuat nak bermujahadah. 

Kita bilang sayangkan DIA, tapi hakikatnya, si dia tetap pertama di sanubari kita. 
Kita janji dalam solat yang hidup dan mati kita hanya untuk-NYA tapi usaha kita lebih ke arah mengejar cinta si dia. 
Kita impikan Syurga namun jalan ke Neraka yang memenuhi langkah kita. 
Adakah kita letakkan DIA hanya di bibir tanpa membuktikannya?? Kerana dia, kita pinggirkan DIA. Adakah DIA berpuas hati?? Tepuk dada, tanya iman kita yang masih berbisa..

Ya Allah, lindungilah hatiku drp cinta yang tidak halal.. 
Sesungguhnya hidupku dan matiku hanya untuk Allah..