Mulut sentiasa berbicara tentang cintakan Ilahi, namun hati sibuk mencari cinta pujaan hati.
Suara lantang menegakkan kebenaran, namun jiwa ingin merasai nikmat percintaan yang tidak ditabalkan.
Munajat mengalir di ruang lidah, namun jasad tak kuat nak bermujahadah.
Suara lantang menegakkan kebenaran, namun jiwa ingin merasai nikmat percintaan yang tidak ditabalkan.
Munajat mengalir di ruang lidah, namun jasad tak kuat nak bermujahadah.
Kita bilang sayangkan DIA, tapi hakikatnya, si dia tetap pertama di sanubari kita.
Kita janji dalam solat yang hidup dan mati kita hanya untuk-NYA tapi usaha kita lebih ke arah mengejar cinta si dia.
Kita impikan Syurga namun jalan ke Neraka yang memenuhi langkah kita.
Adakah kita letakkan DIA hanya di bibir tanpa membuktikannya?? Kerana dia, kita pinggirkan DIA. Adakah DIA berpuas hati?? Tepuk dada, tanya iman kita yang masih berbisa..
Ya Allah, lindungilah hatiku drp cinta yang tidak halal..
Sesungguhnya hidupku dan matiku hanya untuk Allah..


5 comments:
nice info...salam ramdhan
Thanks.. salam ramadhan jgk :)
menangis kerana Allah..
cinta yg sejati hanyalah cinta kepada Ilahhi...
Ila: Cintalah kerana Allah, pasti kebahagiaan milik kita..Untuk mengekalkan cinta, cintalah yang Maha Kekal.. Cinta kepada-NYA adalah teras cinta sesama insan..
Post a Comment