Saturday, 10 September 2011

Cukai, cukai dan cukai lagi..

sumber dari facebook


Berkuatkuasa 15 September, 2011 (khamis ni dah), semua harga produk mudah alih termasuk pek permulaan prabayar, tiket tambah nilai prabayar, Hot tiket dan E-reloads AKAN DIKENAKAN 6% CUKAI PERKHIDMATAN.. 

Memang ada yang berkata, "Ala, bkn banyak pun cukai naik. Tak payah nak kecoh". Tetapi jangan lupa, pengguna prepaid kebanyakkannya student. Pemimpin, sedar tak anda-anda semua bahawa jika kita MENGENAKAN CUKAI YANG ZALIM MAKA AKAN MASUK KE NERAKA? Cukai kebanyakkannya adalah zalim. Untuk pengetahuan kalian juga, orang yang bekerja di pejabat cukai turut tanggung saham dosa. Ni semua dipetik dari laman facebook Ustaz Azhar Idrus.

Lepas ni nak naik cukai apa lagi? Zaman khalifah, sahabat-sahabat nabi sangat takut untuk memegang jawatan sebagai pemimpin. Namun, bila mereka terima jawatan tu mereka sangat amanah menjalankan tanggungjawab dan sanggup mengetepikan kepentingan diri sendiri dan keluarga. Pemimpin sekarang? Berlumba-lumba nak memerintah negara, tetapi rasuah merata-rata, rakyat dizalimi, agama tidak diutamakan.


Sedikit kisah pemimpin agung, Umar bin Abdul Aziz r.a. Umar rahimahullah pernah menghimpunkan sekumpulan ahli fekah dan ulama kemudian beliau berkata kepada mereka: “Aku menghimpunkan kamu semua untuk bertanya pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan barangan yang diambil secara zalim yang masih berada bersama-sama dengan keluarga aku?” Lalu mereka menjawab: “Wahai Amirul Mukminin! perkara tersebut berlaku bukan pada masa pemerintahan kamu dan dosa kezaliman tersebut ditanggung oleh orang yang mencerobohnya.” Walau bagaimanapun Umar tidak puas hati dengan jawapan tersebut sebaliknya beliau menerima pendapat daripada kumpulan yang lain termasuk anak beliau sendiri Abdul Malik yang berkata kepada beliau: “Aku berpendapat bahawa ia hendaklah dikembalikan kepada pemilik asalnya selagi kamu mengetahuinya. Sekiranya kamu tidak mengembalikannya, kamu akan menanggung dosa bersama-sama dengan orang yang mengambilnya secara zalim.” Umar berpuas hati mendengar pendapat tersebut lalu beliau mengembalikan semula barangan yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya.

-btw, orang yang top up rm10 sebulan mcm sy ni tak la terasa sangat dengan kenaikan cukai ni..





.

3 comments:

Sharifah Noorain Al-Qadri said...

Ain tak setuju 100% dengan pengenalan cukai ni. Bagi Ain ianya langsung tak releven >:(

Kemungkinan besar golongan korporat ingin mengaut keuntungan berlipat kali ganda demi agenda politik dorang.Dengar kata pilihan raya nk dkt ;)

Nurhani said...

setuju dgn ain.. tak sabar nak tunggu PRU..hihi

TopiJerami90 said...

ini lah bukti kerajaan melampau2 menaikkan cukai..walaupun hanya 1juta,syarikat besar pun xmampu tangung..fikir2 kan..

jom melawat saya di Sini