Showing posts with label my thought. Show all posts
Showing posts with label my thought. Show all posts

Saturday, 1 October 2011

Cara Senang Untuk Dapatkan Pahala Walaupun Selepas Mati

*Pasang kipas di surau atau masjid wlaupun satu , setiap kali orang guna , anda dapat pahala walau selepas mati . Sumbangkan Al-Quran dan Yassin pun bagus..


*Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali pesakit guna , anda akan dapat pahala .


*Beri baju kpd org , setiap kali orang pakai , anda dapat pahala . 


*Beri makanan kepada orang , anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya 


*Menyampaikan ilmu yang bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada . 


*Memberi sumbangan pada pembinaan masjid dan surau.




Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk dapatkan pahala walau selepas mati. Gunakan kreativiti masing-masing dalam beribadah. Selamat Beramal! 





“Apabila mati seseorang anak adam itu, maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”
Sabda Nabi Muhammad


Saturday, 10 September 2011

Cukai, cukai dan cukai lagi..

sumber dari facebook


Berkuatkuasa 15 September, 2011 (khamis ni dah), semua harga produk mudah alih termasuk pek permulaan prabayar, tiket tambah nilai prabayar, Hot tiket dan E-reloads AKAN DIKENAKAN 6% CUKAI PERKHIDMATAN.. 

Memang ada yang berkata, "Ala, bkn banyak pun cukai naik. Tak payah nak kecoh". Tetapi jangan lupa, pengguna prepaid kebanyakkannya student. Pemimpin, sedar tak anda-anda semua bahawa jika kita MENGENAKAN CUKAI YANG ZALIM MAKA AKAN MASUK KE NERAKA? Cukai kebanyakkannya adalah zalim. Untuk pengetahuan kalian juga, orang yang bekerja di pejabat cukai turut tanggung saham dosa. Ni semua dipetik dari laman facebook Ustaz Azhar Idrus.

Lepas ni nak naik cukai apa lagi? Zaman khalifah, sahabat-sahabat nabi sangat takut untuk memegang jawatan sebagai pemimpin. Namun, bila mereka terima jawatan tu mereka sangat amanah menjalankan tanggungjawab dan sanggup mengetepikan kepentingan diri sendiri dan keluarga. Pemimpin sekarang? Berlumba-lumba nak memerintah negara, tetapi rasuah merata-rata, rakyat dizalimi, agama tidak diutamakan.


Sedikit kisah pemimpin agung, Umar bin Abdul Aziz r.a. Umar rahimahullah pernah menghimpunkan sekumpulan ahli fekah dan ulama kemudian beliau berkata kepada mereka: “Aku menghimpunkan kamu semua untuk bertanya pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan barangan yang diambil secara zalim yang masih berada bersama-sama dengan keluarga aku?” Lalu mereka menjawab: “Wahai Amirul Mukminin! perkara tersebut berlaku bukan pada masa pemerintahan kamu dan dosa kezaliman tersebut ditanggung oleh orang yang mencerobohnya.” Walau bagaimanapun Umar tidak puas hati dengan jawapan tersebut sebaliknya beliau menerima pendapat daripada kumpulan yang lain termasuk anak beliau sendiri Abdul Malik yang berkata kepada beliau: “Aku berpendapat bahawa ia hendaklah dikembalikan kepada pemilik asalnya selagi kamu mengetahuinya. Sekiranya kamu tidak mengembalikannya, kamu akan menanggung dosa bersama-sama dengan orang yang mengambilnya secara zalim.” Umar berpuas hati mendengar pendapat tersebut lalu beliau mengembalikan semula barangan yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya.

-btw, orang yang top up rm10 sebulan mcm sy ni tak la terasa sangat dengan kenaikan cukai ni..





.

Tuesday, 2 August 2011

Muhasabah Cinta

Mulut sentiasa berbicara tentang cintakan Ilahi, namun hati sibuk mencari cinta pujaan hati. 
Suara lantang menegakkan kebenaran, namun jiwa ingin merasai nikmat percintaan yang tidak ditabalkan. 
Munajat mengalir di ruang lidah, namun jasad tak kuat nak bermujahadah. 

Kita bilang sayangkan DIA, tapi hakikatnya, si dia tetap pertama di sanubari kita. 
Kita janji dalam solat yang hidup dan mati kita hanya untuk-NYA tapi usaha kita lebih ke arah mengejar cinta si dia. 
Kita impikan Syurga namun jalan ke Neraka yang memenuhi langkah kita. 
Adakah kita letakkan DIA hanya di bibir tanpa membuktikannya?? Kerana dia, kita pinggirkan DIA. Adakah DIA berpuas hati?? Tepuk dada, tanya iman kita yang masih berbisa..

Ya Allah, lindungilah hatiku drp cinta yang tidak halal.. 
Sesungguhnya hidupku dan matiku hanya untuk Allah..

Tuesday, 12 July 2011

Undi Bukan Lagi Rahsia..

Sana sini orang duk kecoh pasal politik. Kadang kala terasa sakit hati membaca komen-komen di facebook. Ringan betul mulut mereka saling mencaci demi menegakkan pendirian politik mereka. Mudah betul mereka menuduh melayu bodoh kerana menyokong si ambiga kafir. Tidak cukup melayukah mereka sampai tegar menuduh melayu bodoh?


Pendirian saya tegas. Saya akan menyokong pemimpin yang mahu melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia. Sebab utama saya mahu menyokong mereka supaya saya berdiri di belakang mereka yang alim ulama di akhirat nanti. Agar undi saya dihitung demi menegakkan Islam tercinta di tanah air tersayang.


Melalui pembacaan saya dari buka "Bertemu Janji Allah" karya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ada menyatakan bahawa 'Manusia di akhirat terpaksa mengikut pemimpin yang mereka puja atau mereka taati dahulu. Sekiranya mereka menjadi pengikut Nabi Muhammad SAW yang setia, maka di akhirat pasti mereka akan berada dalam saf yang dipimpin oleh baginda. Kalau manusia mentaati pemimpin yang menyimpang daripada ajaran Allah, atau menjadi pengikut setia kepada iblis dan segala programnya yang berlandaskan nafsu syahwat, maka mereka diseru oleh Allah SWT supaya berada di belakang pemimpin yang sesat atau iblis laknatullah itu.'


Buku pertama karya TGNA yg sy beli.

Pilihan di tangan kita..